Thursday, August 25, 2011

Peringatan kepada Ketua Panitia PJPK tentang Penghantaran Rumusan Analisa Keputusan Ujian SEGAK bagi Bulan Mac 2011.

 Tuan/puan,
Salam Sejahtera kepada semua Ketua Panitia PJPK dan Guru PJPK sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Selangor.
Berdasarkan semakan ketiga yang dibuat oleh Unit Sains Kemanusiaan pada 23 Ogos 2011,terdapat 9 buah SK,2 SJKT dan 8 buah SM masih belum menghantar rumusan Analisa SEGAK bagi bulan Mac 2011 yang berakhir pada 15 Mei 2011 yang lalu.
Kepada sekolah-sekolah berkenaan,sila pastikan  rumusan Analisa Keputusan Ujian SEGAK bagi bulan Mac ( disediakan oleh pihak sekolah) dihantar ke PPDHS pada selewatnya hari Jumaat ( 9 September 2011) UP:Puan Hamidah bt Zakaria(PPPD Sains Kemasyarakatan)
Unit Sains Kamanusiaan mengharapkan kerjasama tuan/puan semua bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terimakasih.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

Monday, August 15, 2011

KURSUS PENYEBARAN BAHAN KSSR PENDIDIKAN MORAL UNTUK KEGUNAAN SESI PERSEKOLAHAN 2012

Tuan/puan,
Kursus KSSR P.Moral tahun 2/2012 akan dilaksanakan pada 5 hingga 9 September 2011 bertempat di PKG Sungai Choh.Tuan/puan yang terpilih untuk mengajar tahun 2 pada 2012 nanti diharap dapat hadir dan setiap sekolah mesti menghantar seorang guru walaupun tiada subjek Pendidikan Moral tahun 2 pada 2012.Ini kerana penyebaran maklumat ini mesti diterima oleh semua sekolah.
Tuan/puan diminta membawa komputer riba,penyambung wayar,pendrive dan broadband(jika ada).
Surat berkaitan kursus berkenaan sudah dikeluarkan ke sekolah masing-masing.
Disini juga saya sediakan jadual kursus KSSR untuk mata pelajaran di bawah seliaan Unit Sains Kemanusiaan untuk maklumat awal (PJ 26-30 September-SK Antara Gapi),(P.Muzik 26-30 September),(PK 3-7 Oktober),(PSV 10-14 Oktober) di PKG Sg Choh.
Sekian.Harap Maklum.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Hamidah bt Zakaria (PPPD Sains Kemasyarakatan) di talian 03-60651101/ 012-6376402.

NOTA SEJARAH MENENGAH ATAS DAN SOALAN GERAK GEMPUR

Makluman kepada semua Panitia Sejarah Daerah Hulu Selangor,sila muat turun nota dan soalan gerak gempur sejarah tingkatan 4 dan 5 pada pautan berikut:
1-Nota sejarah tingkatan 4
2-Nota sejarah tingkatan 5
3-Soalan gerak gempur

Sebarang masalah yang timbul berkaitan bahan ini,sila hubungi 012-6376402( Puan Hamidah Zakaria).




Thursday, April 21, 2011

PENGISIAN DATA STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)

Kepada semua guru pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor.

Sila muat turun aplikasi SEGAK Versi II seperti pautan dibawah yang diperolehi pada bengkel Peningkatan Profesionalisme pada 21 April 2011 di SMK Serendah. Untuk makluman semua guru PJ dan PK turut hadir dalam bengkel tersebut kecuali beberapa buah sekolah dalam makluman PPD Hulu Selangor.
Diharapkan pihak sekolah khususnya guru PJ dan guru PK dapat membuat tindakan seperti berikut:
1. Isi data berkaitan bagi laporan Bulan Mac 2011.
2. Sila Print 'Rumusan Sekolah' dan dapatkan pengesahan pengetua / guru besar.
Nota penting:
Hantar rumusan 'hard copy' berkenaan untuk perhatian kepada Puan Hamidah Binti Zakaria PPPD Sains Kemasyarakatan sebelum atau pada 15 Mei 2011.

Tuesday, December 7, 2010

KARNIVAL INOVASI SAINS SEKOLAH-SEKOLAH DI FELDA 2010

3 hingga 6 Disember 2010 bertempat di Maktab Rendah Sains Mara - FELDA Kampus Tun Abdul Razak, Sungkai Perak Darul Ridzuan. Telah berlansung Pertandingan Inovasi Sains yang bertujuan untuk mempertingkatkan fimikiran inovasi murid dalam bidang sains dan teknologi. Pretandingan ini disertai oleh seluruh FELDA peringkat Kebangsaan di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada peserta SK Seri Fajar Hulu Selangor khususnya kepada adik Muhammad Zikry Al-Izmir, Nur Najwa Salwanie Shapingi, Abdul Hadi Ngadiron dan Nurul Nadzirah Mohd Shahabudin kerana telah menjadi JOHAN peringkat Kebangsaan 2010.

Tidak lupa diucapkan terima kasih kepada Guru Pembimbing, Guru Besar, Penyelaras STF dan semua guru yang terlibat dalam merealisasikan kemenangan ini.

Syabas dan Tahniah dari kami di PPD Hulu Selangor.