Thursday, August 25, 2011

Peringatan kepada Ketua Panitia PJPK tentang Penghantaran Rumusan Analisa Keputusan Ujian SEGAK bagi Bulan Mac 2011.

 Tuan/puan,
Salam Sejahtera kepada semua Ketua Panitia PJPK dan Guru PJPK sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Selangor.
Berdasarkan semakan ketiga yang dibuat oleh Unit Sains Kemanusiaan pada 23 Ogos 2011,terdapat 9 buah SK,2 SJKT dan 8 buah SM masih belum menghantar rumusan Analisa SEGAK bagi bulan Mac 2011 yang berakhir pada 15 Mei 2011 yang lalu.
Kepada sekolah-sekolah berkenaan,sila pastikan  rumusan Analisa Keputusan Ujian SEGAK bagi bulan Mac ( disediakan oleh pihak sekolah) dihantar ke PPDHS pada selewatnya hari Jumaat ( 9 September 2011) UP:Puan Hamidah bt Zakaria(PPPD Sains Kemasyarakatan)
Unit Sains Kamanusiaan mengharapkan kerjasama tuan/puan semua bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terimakasih.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

Monday, August 15, 2011

KURSUS PENYEBARAN BAHAN KSSR PENDIDIKAN MORAL UNTUK KEGUNAAN SESI PERSEKOLAHAN 2012

Tuan/puan,
Kursus KSSR P.Moral tahun 2/2012 akan dilaksanakan pada 5 hingga 9 September 2011 bertempat di PKG Sungai Choh.Tuan/puan yang terpilih untuk mengajar tahun 2 pada 2012 nanti diharap dapat hadir dan setiap sekolah mesti menghantar seorang guru walaupun tiada subjek Pendidikan Moral tahun 2 pada 2012.Ini kerana penyebaran maklumat ini mesti diterima oleh semua sekolah.
Tuan/puan diminta membawa komputer riba,penyambung wayar,pendrive dan broadband(jika ada).
Surat berkaitan kursus berkenaan sudah dikeluarkan ke sekolah masing-masing.
Disini juga saya sediakan jadual kursus KSSR untuk mata pelajaran di bawah seliaan Unit Sains Kemanusiaan untuk maklumat awal (PJ 26-30 September-SK Antara Gapi),(P.Muzik 26-30 September),(PK 3-7 Oktober),(PSV 10-14 Oktober) di PKG Sg Choh.
Sekian.Harap Maklum.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Hamidah bt Zakaria (PPPD Sains Kemasyarakatan) di talian 03-60651101/ 012-6376402.

NOTA SEJARAH MENENGAH ATAS DAN SOALAN GERAK GEMPUR

Makluman kepada semua Panitia Sejarah Daerah Hulu Selangor,sila muat turun nota dan soalan gerak gempur sejarah tingkatan 4 dan 5 pada pautan berikut:
1-Nota sejarah tingkatan 4
2-Nota sejarah tingkatan 5
3-Soalan gerak gempur

Sebarang masalah yang timbul berkaitan bahan ini,sila hubungi 012-6376402( Puan Hamidah Zakaria).