Thursday, August 25, 2011

Peringatan kepada Ketua Panitia PJPK tentang Penghantaran Rumusan Analisa Keputusan Ujian SEGAK bagi Bulan Mac 2011.

 Tuan/puan,
Salam Sejahtera kepada semua Ketua Panitia PJPK dan Guru PJPK sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Selangor.
Berdasarkan semakan ketiga yang dibuat oleh Unit Sains Kemanusiaan pada 23 Ogos 2011,terdapat 9 buah SK,2 SJKT dan 8 buah SM masih belum menghantar rumusan Analisa SEGAK bagi bulan Mac 2011 yang berakhir pada 15 Mei 2011 yang lalu.
Kepada sekolah-sekolah berkenaan,sila pastikan  rumusan Analisa Keputusan Ujian SEGAK bagi bulan Mac ( disediakan oleh pihak sekolah) dihantar ke PPDHS pada selewatnya hari Jumaat ( 9 September 2011) UP:Puan Hamidah bt Zakaria(PPPD Sains Kemasyarakatan)
Unit Sains Kamanusiaan mengharapkan kerjasama tuan/puan semua bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terimakasih.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

No comments:

Post a Comment